Tuesday, June 16, 2009

Peribahasa 2

1. hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati = budi baik tidak boleh dibayar dengan wang tetapi hanya dikenang sahaja人情债难还
2. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama = orang yang berjasa akan dikenang selama-lamanya虎死留皮,人死留名
3. hidup dikandung adat, mati dikandung tanah = semasa hidup tidak dapat lari daripada mengikut adat atau peraturan, setelah mati terserahlah kepada hukum Allah人在世时不能为所欲为,死时也必须为自己所犯的错负责

4. biar putih tulang jangan putih mata : sanggup mati daripada menyerah kalah宁死不屈
5. carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga : perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan兄弟之间的争吵不会持久
6. berkata siang pandang-pandang, berkata malam dengan-dengar : hendaklah berhati-hati apabila memperkata sesuatu小心言行
7. di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu : baik di bahagian luar sahaja 金玉其外,败絮其中
8. pahit dulu, manis kemudian: susah dahulu untuk mendapat kejayaan先苦后甜
9. naik seperti semut, turun seperti ribut : untuk mendapat pangkat yang tinggi atau kekayaan, selalunya sukar dan lambat tetapi untuk mendapat penghinaan selalunya amat mudah dan cepat要成功必须付出很大的代价.
10. sekali air bah, sekali tepian berganjak : suasana akan berubah apabila keadaan berubah周围环境将随着时代改变

No comments:

Post a Comment